SEJARAH SEKOLAH
SMK Sultan Alauddin Riayat Shah I (SARSI) mula
dibuka pada 7 Januari 1965 menggunakan nama 'SM Kebangsaan dan Inggeris
Panchor' dan menumpang di bangunan SK Kg Melayu Panchor. Pada masa itu bilangan
guru hanya seramai enam orang dan diketuai oleh En Abd Rajman Kasbon. Terdapat
hanya (3) tiga buah kelas yang dijalankan pada sebelah petang kerana pada
sebelah pagi bangunan sekolah berkenaan digunakan oleh SK Kg Melayu Panchor.
Kumpulan pertama pelajar aliran kebangsaan menduduki peperiksaan SRP di situ
pada tahun 1967. Pada
tahun ini juga bangunan tetap sekolah ini mula dibina di atas tapak seluas 15
ekar di Bukit Mentulang, Pagoh. Bangunan tersebut terdiri daripada 2 blok yang
mengandungi 12 bilik darjah, bilik guru, makmal dan bilik SRT.
Pada penggal ketiga tahun 1968 pelajar-pelajar
SMK SARSI mula berpindah ke bangunan baru walaupun kemudahan asas masih belum
lengkap. Kumpulan pertama pelajar menduduki
peperiksaan SPM pada tahun 1970. Pada tahun 1972 sebuah bangunan yang
mengandungi 6 bilik darjah, makmal dan dewan dibina bagi menampung bilangan
pelajar yang semakin meningkat. Pada tahun ini juga PIBG ditubuhkan dengan di
Pengerusikan oleh En A Aziz bin Abu Bakar. Mesyuarat jawatankuasa PIBG pertama
telah mengambil keputusan untuk menukar nama Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan
dan Inggeris Panchor kepada Sekolah Sultan Alauddin Riayat Shah I sempena
dengan sejarah tempatan.
Pada 9 Jun 1990, SMK SARSI telah dirasmikan oleh
YAB En Abd Ghafar Baba, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. YAB En Abd Ghafar
juaga telah meluluskan peruntukan RM50,000 untuk menambah kemudahan Pusat
Sumber Sekolah. Pada hari yang sama pihak sekolah juga telah memajukan
permohonan untuk mendapatkan sebuah padang seluas 5 ekar bagi menambah padang
yang sedia ada yang saiznya agak kecil.
Alamat Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Alauddin Shah 1 84600 Pagoh, Muar, Johor .
NO.Telefon : 06-9746228
FAX: 06-9747908
E-mel:alauddinpagoh@gmail
Saya dari Panchor masuk form 1 aliran Inggeris pada tahun 1969.Ambil peperiksaan LCE di SARS1 tahun 1971. SARS1 tak ada form 4.
ReplyDeleteMasuk form 4 boy wing RMC sg besi.
Sekolah yang baik dan ramai alumni yg berjaya telah dihasilkan. Syabas