PENGENALAN PRS


DEFINISI

Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.



VISI 

Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.




MISI


Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.




PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

1. Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan perlakuan dan fizikal.

2. Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS.




FALSAFAH

“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN”.

PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan.


RASIONAL

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam system pelajaran kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruanag yang luas untuk diperbaiki, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

1. Guru bimbingan dan kaunseling belum mencukupi untuk menampung keperluan khidmat yang makin bertambah.

2. Bertambah masalah salahlaku dikalangan pelajar. Pelajar memerlukan bimbingan dan perhatian. PRS sebagai khidmat sokongan.

3. Belum lagi menjelajah dan menggunakan pengaruh rakan sebaya secara sistematik untuk membimbing rakan-rakan kearah perlakuan positif.

4. Membantu khidmat bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan saluran untuk mencurahkan perasaan, dan perkara lain yang tidak dinyatakan kepada orang dewasa.





MATLAMAT

1. Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dikalangan pelajar.

2. Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.

3. Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela,taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.

4. Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku dikalangan pelajar.



OBJEKTIF

1. Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.

2. Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan PRS.

3. Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain.

4. Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih dan boleh menggerakan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.





ETIKA PRS


PRS perlu patuh kepada etika berikut:
1. Amanah dan menyimpan rahsia.

2. Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.

3. Tahu batasan dan keupayaan diri.

4. Sentiasa berusaha meningkatakan diri dari pelbagai aspek.

5. Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tenteng kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.

6. Merujuk kes rumit kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling.

7. Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.


IKRAR PRS

Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ) sesi 2012-2013.

1. Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan

2. Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.

3. Berusaha menjadi pelajar contoh.

4. Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.

5. Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.

6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.



SENARAI TUGAS PRS



1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan
sekeliling.

2. Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.

4. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling
seperti membuat rujukkan jika perlu.

5. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan
dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
6. Sebagai Role Model kepada pelajar lain.

7. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri,
Berasa selesa dan berimpati.

8. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.

9. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif
sebelum membuat keputusan.

10. Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah
positif.

11. Mematuhi etika kerahsiaan.

12. Menyedari bahawa buka semua masalah boleh diatasi.

13. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah
biasa/normal.

14. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan
Mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.

15. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain
supaya melibatkan diri.

16. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk
Membantu.

PIAGAM PELANGGAN

1. Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.

2. Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.

3. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.

4. Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien.

5. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.

6. Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam.

7. Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.

8. Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling.

9. Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika.

10. Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada negara.






No comments:

Post a Comment